Xiaomi Gamepad Berasaskan Bluetooth Membawakan Tanda Harga Sekitar RM58

Xiaomi Gamepad Berasaskan Bluetooth Membawakan Tanda Harga Sekitar RM58

Diterbitkan pada Jan 21, 2015 oleh .

Xiaomi telah memperkenalkan Gamepad mereka pada tahun lepas, namun ia ditawarkan untuk mereka yang terpilih sahaja dalam bentuk terhad untuk ujian permulaan. Kini, selepas ia diuji dan menerima pelbagai maklumbalas, pihak Xiaomi telah mula menjual alat kawalan permainan mereka itu di China.

Xiaomi Bluetooth Controller

Xiaomi Bluetooth Controller

Xiaomi Gamepad ii berhubung dengan peranti lain berasaskan kepada sambungan Bluetooth, dan dikatakan boleh berhubung ke televisyen pintar, Android Box, dan juga tablet serta telefon pintar pengguna. Melalui rekaan, ia secara kasar menyerupai alat kawalan permainan Xbox, dan Xiaomi mengatakan ia akan menawarkan masa penggunaan bateri sehingga 80 jam.

Dari segi harga, Xiaomi menawarkan ia pada harga 99 Yuan, iaitu sekitar RM58. Buat masa ini, produk ini hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja dan tiada perancangan penawaran global buat masa ini.


TIPS & ULASAN