Fungsi Strim Permainan Secara Langsung Daripada Steam Kini Sedia Digunakan Semua

Fungsi Strim Permainan Secara Langsung Daripada Steam Kini Sedia Digunakan Semua

Diterbitkan pada Jan 21, 2015 oleh .

Steam telah memperkenalkan fungsi Steam Broadcast pada bulan Disember 2014 yang lepas dalam bentuk beta. Kini, selang sebulan lebih, fungsi tersebut sedia digunakan oleh semua pengguna seluruh dunia untuk strim permainan mereka kepada pengguna lain.

Steam Broadcasting

Melalui fungsi Steam Broadcast ini, ia membolehkan anda berkongsi penstriman permainan anda kepada pengguna lain – sekaligus membolehkan pengguna lain menonton cara anda bermain sesuatu permainan. Sebelum ini, Twitch sedia popular dengan sokongan tersebut, dan kini penyertaan Steam akan memberikan saingan kepada perkhidmatan Twitch.

Pengguna seperti biasa boleh memilih sama ada ingin menyiarkan ia secara umum ataupun dikalangan rakan-rakan sahaja, selain halaman setempat di Steam yang memudahkan anda menonton permainan daripada pengguna lain.

Layari : Steam Broadcasting


TIPS & ULASAN