Heart 401AB : Telefon Selular Berbentuk Jantung

Heart 401AB : Telefon Selular Berbentuk Jantung

Diterbitkan pada Jan 21, 2015 oleh .

Heart-410AB-1

Di awal 2000 terdapat pelbagai peranti gimik di pasaran. Nokia menghasilkan Nokia 7280  yang berbentuk gincu dan Nokia 7600 yang diilhamkan oleh bentuk daun. Kesemua peranti gimik ini dihasilkan bagi memberikan kelainan kepada rekabentuk telefon mudah alih. Sejak wujudnya peranti, pintar peranti berbentuk aneh tidak lagi wujud di pasaran. Tetapi di Jepun nampaknya masih ada pasaran untuk telefon aneh. Heart 401AB ialah telefon mudah alih yang berbentuk jantung. Apabila ingin digunakan peranti ini boleh diputar untuk kelihatan seperti silinder. Ia tidak dilengkapi butang mendail. Untuk melakukan panggilan anda perlu mentatal senarai nombor yang disimpan dan menekan butang khas pada sisi peranti. Ia hanya mempunyai ruang untuk menyimpan 100 nombor sahaja dan hanya mempunyai jangka hayat bateri bateri selama 2 jam digunakan secara berterusan. Ketiadaan butang mendail juga membuatkan Heart 401AB tidak mampu menghantar SMS. Keunikan lain peranti ini ialah pengecasnya juga turut mempunyai bentuk seperti jantung. Terdapat edisi khas Sailor Moon yang boleh dibeli Mac ini. Dari segi fungsi dan kesukaran menggunakannya, Heart 401AB mengingatkan kami kepada Nokia 7280. Adakah peranti gimik ini akan berjaya ataupun gagal seperti senarai  8 peranti gimik gagal yang pernah kami tulis sebelum ini.

Heart-410AB-2

Heart-410AB-3


TIPS & ULASAN