Instagram Hadir Dengan Versi Beta Untuk Android – Membolehkan Anda Mencuba Fungsi Baru Sebelum Lain

Instagram Hadir Dengan Versi Beta Untuk Android – Membolehkan Anda Mencuba Fungsi Baru Sebelum Lain

Diterbitkan pada Jan 21, 2015 oleh .

Beberapa pembangun telah sedia menawarkan aplikasi mereka dalam bentuk beta untuk membolehkan pengguna mencubanya dan memberikan maklumbalas terlebih dahulu sebelum sesuatu fungsi diperkenalkan secara meluas kepada umum. Terkini, pihak Instagram turut hadir dengan penawaran aplikasi mereka dalam bentuk beta.

Instagram Beta

Jika anda merupakan pengguna tegar Instagram di platform Android, dan pada masa yang sama terbuka untuk memberikan maklumbalas berkaitan sesuatu fungsi baru, ana kini boleh mendaftarkan diri untuk mencuba versi beta aplikasi berkenaan.

Untuk menggunakan versi beta aplikasi Instagram ini, pengguna terlebih dahulu perlu mendaftarkan diri menyertai kumpulan Google+ khusus untuk Instagram, dan seterusnya memuat-turun versi beta aplikasi ini.

Sertai : Instagram Beta Untuk Android


TIPS & ULASAN