Pada hari ini, dengan penggunaan telefon pintar, ramai yang tidak menggunakan masa mereka secara berkualiti seperti pada dekad lepas. Ramai yang kadang-kala menghabiskan masa memainkan permainan tanpa had, sekaligus membuatkan mereka leka dan tidak melakukan tugasan yang lebih produktif pada peranti mudah-alih mereka.
Menggunakan Quality Times ini, ia akan memaparkan info ringkas berkaitan penggunaan peranti dan juga berapa kali anda mengakses peranti pada bahagian panel notifikasi. Ia secara ringkas dapat memperlihatkan penggunaan dan berapa lama anda habiskan dan melihat peranti anda. Selain daripada itu, pada halaman aplikasi berkenaan, Quality Times turut memperlihatkan graf dan penggunaan aplikasi.
Anda boleh melihat berapa masa yang anda habiskan untuk membuka dan menggunakan sesuatu aplikasi. Bukan itu sahaja, dan salah satu perkara yang menjadikan ia lebih menarik adalah dimana pengguna boleh menetapkan had penggunaan masa, dan ia akan memaparkan notifikasi apabila anda menggunakan sesuatu aplikasi melangkaui daripada penggunaan masa ditetapkan. Perkara ini sekaligus membolehkan anda mengelak daripada memainkan permainan yang mungkin membuatkan anda tidak menggunakan masa dengan berkualiti.
Bagi anda yang menggunakan peranti berasaskan platform Android, mungkin boleh mencuba aplikasi Quality Times ini, sekaligus memantau dan mengawal penggunaan telefon dan sesuatu aplikasi anda setiap hari.
- Muat-Turun Quality Times untuk Android