Windows 10 Ditawarkan Percuma Untuk Pengguna Windows 7, Windows 8 Dan Windows Phone 8.1

Windows 10 Ditawarkan Percuma Untuk Pengguna Windows 7, Windows 8 Dan Windows Phone 8.1

Diterbitkan pada Jan 22, 2015 oleh .

Salah satu persoalan yang ditanya ramai apabila bercakap mengenai Windows 10 adalah kos yang terlibat untuk mengemaskininya. Bercakap mengenainya, pihak Microsoft mengatakan ia akan ditawarkan sebagai kemaskini percuma untuk pengguna Windows 7, dan juga Windows 8.

Selain daripada pengguna desktop dan komputer riba, dengan konsep Windows 10 sebagai sistem operasi untuk pelbagai saiz skrin, pengguna Windows Phone 8.1 turut boleh menikmati kemaskini Windows 10 secara percuma selepas ia dilancarkan kepada umum. Namun, Microsoft menawarkan penaik-tarafan secara percuma ini untuk tempoh yang terhad (untuk tempoh setahun selepas ia dilancarkan) sekaligus memberikan tekanan untuk pengguna beralih dan menggunakan sistem operasi terbaru.

Windows 10 Percuma

Pengenalan sistem operasi ini secara percuma juga bakal mengalakkan lebih ramai beralih kepada sistem operasi Windows 10 terbaru, sekaligus memudahkan para pembangun untuk memfokuskan pembangunan dan pengoptimasian aplikasi mereka kepada hanya Windows 10. Penawaran percuma dalam tempoh setahun tersebut juga dijangka akan menarik lebih ramai beralih kepada sistem operasi Windows 10 terkini, sekaligus mengurangkan peratusan pengguna sistem operasi Windows yang lama.

Bagi anda yang ingin menikmati sistem operasi ini secara percuma, anda perlulah mengemaskini sistem operasi anda dalam tempoh tawaran percuma berkenaan, sementara mereka yang memilih untuk beralih ke Windows 10 selepas itu mungkin akan dikenakan caj bayaran. Microsoft mengatakan, sebaik sahaja menaik-taraf ke Windows 10, pengguna akan terus kekal menerima kemaskini sekuriti percuma untuk tempoh sistem operasi tersebut disokong.


TIPS & ULASAN