Microsoft Mengumumkan Cortana Untuk Komputer Dan Tablet Melalui Windows 10

Microsoft Mengumumkan Cortana Untuk Komputer Dan Tablet Melalui Windows 10

Diterbitkan pada Jan 22, 2015 oleh .

Pelbagai desas-desus sedia hadir mengatakan Microsoft akan membawa Cortana ke komputer dan tablet. Hari ini, bersempena dengan pengumuman berkaitan Windows 10, pihak Microsoft mengesahkannya, serta memperlihatkan secara kasar bagaimanakah ia akan kelihatan.

Cortana Desktop

Bagi mereka yang tidak mengenali akan Cortana, ia merupakan pembantu digital daripada Microsoft – menawarkan fungsi lebih kurang seperti Siri dan Google Now. Melaluinya, pengguna boleh berinteraksi secara semulajadi dan mendapatkan pelbagai info dan peringatan melaluinya.

Cortana buat masa ini terhad untuk beberapa buah negara sahaja, dan telah sedia ditawarkan melalui Windows Phone. Perkara ini mungkin akan berubah pada Windows 10, atau mungkin bagi anda yang ingin menggunakannya boleh membuat perubahan pada tetapan, dan mengakses fungsi ini – lebih kurang sama seperti pada Windows Phone hari ini.

Cortana Desktop


TIPS & ULASAN