Microsoft Mengumumkan Pelayar Web Generasi Baru Untuk Windows 10 – Dengan Integrasi Cortana

Microsoft Mengumumkan Pelayar Web Generasi Baru Untuk Windows 10 – Dengan Integrasi Cortana

Diterbitkan pada Jan 22, 2015 oleh .

Microsoft sebelum ini telah sedia dilaporkan sedang membangunkan sebuah pelayar web baru dibawah nama kod Project Spartan. Hari ini, pihak Microsoft berkongsi lanjut mengenainya, disamping beberapa fungsi khusus yang disertakan pada pelayar web berkenaan.

Pelayar web ini dibangunkan khusus untuk Windows 10 dan hadir dengan antaramuka yang ringkas dan mudah digunakan. Secara kasar, ia boleh dikatakan lebih kurang sama seperti beberapa pelayar web moden lain dipasaran hari ini, sekaligus memudahkan lagi pengguna untuk beralih kepadanya.

Project Spartan

Project Spartan ini turut hadir dengan beberapa fungsi khusus untuknya. Salah satunya adalah kebolehan untuk menulis pada sesuatu web sekiranya pengguna menggunakan stylus atau melalui papan kekunci – dan berkongsi kepada rakan-rakan. Ini akan memudahkan proses penyampaian sesuatu perkara, dan menjadikan perkongsian sesuatu halaman web lebih efektif dikalangan rakan-rakan.

Disamping itu, pelayar web ini juga turut menyertakan integrasi Cortana untuk memudahkan pencarian sesuatu perkara. Project Spartan ini turut hadir dengan sokongan Reading Mode, memudahkan anda membaca sesuatu halaman web tanpa gangguan, dan turut menggunakan dalam mod offline.

Pelayar web ini akan ditawarkan khusus untuk Windows 10, dan akan hadir bersama-sama sistem operasi baru tersebut kelak.


TIPS & ULASAN