Cari @ Amanz

Dengan satu sistem operasi untuk pelbagai saiz skrin, pihak Microsoft cuba menarik minat pembangun dalam membangunkan satu aplikasi sahaja yang serasi dan selari pelbagai peranti. Untuk memberikan idea secara kasar mengenainya, pihak Microsoft sendiri mengambil peluang untuk mempertontonkan aplikasi Office mereka untuk Windows 10 bagi peranti mudah-alih.

Office Windows 10 PowerPoint

Office untuk Windows 10 membawakan antaramuka yang selari dan dioptimasikan pelbagai saiz skrin – daripada tablet, telefon pintar sehinggalah ke komputer desktop. Microsoft memperlihatkan yang mana pengguna boleh menyunting dokumen dengan mudah tanpa mengira saiz skrin – salah satu perkara yang semestinya diminati ramai, terutamanya bagi mereka yang banyak menggunakan Word, Excel, PowerPoint, OneNote dan juga Outlook.

Microsoft mengatakan mereka sedang membangunkan perisian Office generasi baru ini, dan dijangka akan berkongsi lebih lanjut mengenainya dalam masa beberapa bulan lagi.

Microsoft dijangka akan menawarkan perisian Office ini secara percuma bersama-sama dengan Windows 10. Langkah ini sedia dilakukan gergasi perkomputeran ini pada platform Android dan iOS, dan mungkin penawaran bersama Windows 10 ini tidak mengejutkan ramai pihak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd