Dengan Windows 10, pihak Microsoft menekankan kepada satu sistem operasi bagi pelbagai penggunaan, dan mereka tidak berhenti setakat peranti-peranti sedia ada sahaja, malah turut hadir dengan pengoptimasian untuk penggunaan hologram.
Bersama-sama pelbagai pengumuman, pihak Microsoft turut mengambil peluang pada pentas utama untuk memperlihatkan platform perkomputeran holografik pertama di dunia – dimana pengguna perlu menggunakan sebuah peranti dinamakan HoloLens, dan seterusnya berinteraksi dan menggunakan pelbagai fungsi dengan gerakan tangan dan juga arahan suara.
Microsoft mengatakan melalui HoloLens ini, mereka ingin membolehkan pengguna hadir dengan pelbagai perkara baru, mengakses maklumat, selain menikmati kandungan dan juga berkomunikasi dalam kaedah baru.
Perkara ini sekadar dipertontonkan sahaja buat masa ini, selain memberikan API untuk pembangun membangunkan pengalaman holografik mereka tersendiri. Ini boleh dikatakan langkah pertama daripada Microsoft, dan mungkin ia akan melalui pelbagai fasa lain terlebih dahulu sebelum mula digunakan oleh pengguna umum.
https://www.youtube.com/watch?v=aAKfdeOX3-o
https://www.youtube.com/watch?v=aThCr0PsyuA