Oppo U3 : Phablet 5.9″ Dilancarkan Di China

Oppo U3 : Phablet 5.9″ Dilancarkan Di China

Diterbitkan pada Jan 22, 2015 oleh .

Oppo-U3

Minggu lalu Oppo melancarkan Oppo Mirror 3 dan minggu ini mereka melancarkan satu lagi peranti baru iaitu phablet Oppo U3 di China. Peranti ini mempunyai skrin 5.9″ HD Penuh (377 ppi) , diperkasakan pemproses 1.7 Ghz lapan teras MediaTek MT6752 (64 Bit), RAM 2 GB dan muatan dalaman 16 GB (sokongan MikroSD sehingga 128 GB). Kemampuan optik pula ialah 13 Megapixel dengan sensor Sony Exmor dan 5 Megapixel pada bahagian hadapan. Ia turut dilengkapi bateri sebesar 3000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC. Sedikit mengecewakan U3 masih menggunakan Android 4.4.4 dengan antaramuka Color OS 2.01. Kerana ia sebuah phablet Oppo menyertakan fungsi khas menggunakan peranti dengan sebelah tangan sahaja. Fungsi ini sama dengan fungsi sebelah tangan yang ada pada Samsung Galaxy Note 4. Tiada maklumat tentang bilakah ia akan memasuki pasaran Malaysia. Harga jualan adalah sekitar $451 (RM 1630) dengan pilihan warna hitam atau putih.

Oppo-U3-2

 


TIPS & ULASAN