Mouse Box : PC Kompak Di Dalam Sebuah Tetikus

Mouse Box : PC Kompak Di Dalam Sebuah Tetikus

Diterbitkan pada Jan 22, 2015 oleh .

mouse-box

Peranti pintar yang dipegang di tangan anda sekarang mempunyai kuasa memproses yang lebih baik berbanding dengan sebuah PC yang anda gunakan 10 tahun lalu. Ini adalah amat menakjubkan kerana 10 tahun yang lalu untuk mendapatkan kuasa memproses yang sama anda memerlukan sebuah komputer dengan saiz 10 kali ganda peranti yang anda miliki. Jika kita lihat sejarah pengkomputeran, pengecilan saiz peranti adalah sesuatu yang sudah berlaku lebih dari enam dekad. Komputer paling awal dihasilkan mempunyai saiz sebesar sebuah pejabat. Sebelum ini kami ada paparkan Slimbox IV, sebuah komputer Windows dengan pemproses Intel Core i7 yang dimuatkan ke-dalam sebuah kotak bersaiz enam inci. Hari ini ada sebuah lagi komputer kompak yang dimuatkan kedalam sebuah tetikus. Mouse Box diperkasakan oleh pemproses ARM 1.4GHz dua teras ,muatan dalaman 128GB . dua port USB 3.0  dan output mikro-HDMI. Ia disambungkan terus kepada sebuah monitor dan boleh berfungsi seperti PC biasa. Menurut pencipta Mouse Box, komputer kompak ini sesuai digunakan dengan sistem operasi Chrome OS dan Linux. Ia sesuai digunakan untuk melakukan pembentangan di bilik mesyuarat. Dengan Integrasi sokongan awanan anda juga boleh membawa balik tugasan tempat kerja untuk dilakukan di rumah dengan lebih mudah. Mouse Box masih mencari dana untuk penghasilan pada skala penuh. Mereka juga sedang cuba menghasilkan pelapik tetikus yang boleh mengecas Mouse Box secara tanpa wayar ketika digunakan.


TIPS & ULASAN