Aplikasi Dropbox Diperkenalkan Untuk Windows Phone

Aplikasi Dropbox Diperkenalkan Untuk Windows Phone

Diterbitkan pada Jan 22, 2015 oleh .

DropboxTidak lama sebelum ini, Microsoft dan Dropbox telah mengumumkan kerjasama, dan ketika itu, mereka telah mengumumkan yang mana Dropbox akan hadir ke Windows Phone. Perkara tersebut direalisasikan hari ini, apabila pihak Dropbox menerbitkan aplikasi rasmi mereka untuk Windows Phone.

Seperti pada beberapa platform lain, Dropbox untuk Windows Phone membawakan sokongan muat-naik gambar secara automatik, selain memudahkan anda mengakses dokumen yang disimpan pada Dropbox terus pada telefon anda. Pengguna Windows Phone juga turut boleh pin akan sesuatu folder terus pada Start Screen untuk mengaksesnya dengan pantas.

Disamping menawarkan untuk telefon Windows Phone, pihak Dropbox juga turut menerbitkan aplikasi mereka untuk tablet pada Windows Store, sekaligus membolehkan pengguna tablet menggunakan perkhidmatan storan awan berkenaan.

Muat-Turun Dropbox untuk Windows Phone

Muat-Turun Dropbox untuk Windows


TIPS & ULASAN