ESports Malaysia Ingin Menjadi Salah Satu Badan Bertanggungjawab Untuk Sukan Elektronik Di Malaysia

ESports Malaysia Ingin Menjadi Salah Satu Badan Bertanggungjawab Untuk Sukan Elektronik Di Malaysia

Diterbitkan pada Jan 22, 2015 oleh .

Dunia sukan elektronik, seperti pertandingan DoTA dan sebagainya sedia mendapat perhatian ramai pihak, termasuk Kementerian Belia dan Sukan akhir-akhir ini. Terkini, sebuah badan pemantau baru bakal dilancarkan di Malaysia, dinamakan sebagai ESports Malaysia yang mana akan bertugas untuk memantau aktiviti sukan elektronik di Malaysia.

ESports Malaysia

Pihak ESports Malaysia telah pun mula menghantar jemputan rasmi untuk pelancaran dan pengenalan rasmi organisasi mereka yang dijadualkan pada minggu hadapan. Ia dikatakan telah sedia didaftarkan dibawah Pejabat Suruhanjaya Sukan Malaysia, dan ESports Malaysia dilihat mempunyai beberapa visi menarik – termasuk untuk mendidik pengguna memainkan game secara bertanggungjawab, menekankan sukan elektronik sebagai salah satu sukan utama di Malaysia, membentuk komuniti gaming di Asia Tenggara, dan membawa kelebihan kepada pengguna tempatan untuk mewakili negara dan bersaing pada peringkat global.

Pelancaran rasmi ESports Malaysia ini bakal diadakan pada 28 Januari kelak, dan kami akan membawakan pelbagai kemaskini semasa daripada acara berkenaan kelak.


TIPS & ULASAN