Office 2016 Akan Dilancarkan Pada Pertengahan Kedua Tahun Ini

Office 2016 Akan Dilancarkan Pada Pertengahan Kedua Tahun Ini

Diterbitkan pada Jan 23, 2015 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman Windows 10 semalam, hari ini Microsoft berkongsi lanjut mengenai perisian pejabat mereka, yang mana akan dikenali dengan nama Office 2016. Berbeza dengan Office untuk Windows 10 yang diperlihatkan Microsoft semalam, Office 2016 akan memfokuskan kepada pengguna PC dengan papan kekunci dan tetikus.

Office 2013

Buat masa ini, pihak Microsoft masih tidak berkongsi akan apakah fungsi-fungsi khusus yang akan disertakan oleh Office 2016 ini kelak. Mereka mengatakan akan berkongsi lebih lanjut mengenai versi baru ini dalam masa beberapa bulan lagi. Mengikut apa yang tertiris sebelum ini, salah satu perkara yang diketahui adalah dimana Office 2016 kelak dijangka akan menawarkan tema berwarna gelap untuk memudahkan pengguna menaip ketika waktu malam atau pada pencahayaan rendah.

Microsoft mengatakan mereka akan memasarkan Office 2016 kepada pengguna pada pertengahan kedua 2015 ini – iaitu antara tempoh Julai ke Disember kelak.

Bersama-sama dengan pengumuman berkaitan dengan Office 2016 ini, pihak Microsoft turut berkongsi mengenai Office untuk Wuindows 10. Aplikasi yang membawakan sokongan pelbagai saiz skrin tersebut akan ditawarkan secara terbina pada peranti-peranti menggunakan Windows 10 – daripada komputer riba ke telefon pintar. Microsoft turut mengatakan mereka akan menawarkan Office untuk Windows 10 yang mesra skrin sentuh ini melalui Windows Store.

Office Windows 10

Office Windows 10

Office Windows 10

Office Windows 10


TIPS & ULASAN