Cari @ Amanz

Microsoft semalam telah memperkenalkan Windows 10 pada telefon pintar secara rasmi semalam, dan hari ini pihak Microsoft berkongsi beberapa perkara tambahan mengenainya.

Ketika pengumuman Windows 10 semalam, pihak Microsoft menekankan kepada penggunaan aplikasi yang selari pada pelbagai saiz skrin, daripada telefon pintar ke komputer. Perkara ini diperlihatkan melalui penggunaan Office untuk Windows 10 – dan Microsoft menyasarkan lebih ramai pengguna akan mengimplementasikannya pada aplikasi mereka.

Windows 10 Lumia

Disamping itu, penggunaan aplikasi pada komputer dan juga telefon pintar dilihat akan diintegrasikan dengan lebih mendalam melalui Windows 10. Sebagai contoh, jika anda membuat carian lokasi pada peta di komputer, anda akan terus dapat mengaksesnya pada telefon pintar dengan mudah – dan memudahkan sesuatu proses carian dan menemui maklumat.

Berkongsi mengenai penawaran kemaskini Windows 10 untuk peranti Lumia sedia ada, Microsoft menekankan bukan semua fungsi akan hadir kepada seluruh peranti Lumia. Seperti semua sedia maklum, terdapat beberapa peranti yang berspesifikasi rendah dan mungkin tidak akan dapat menyokong fungsi yang menggunakan tenaga pemprosesan dan memori tinggi.

Microsoft menyasarkan untuk menawarkan versi pembangunan untuk pengguna pada bulan hadapan, Februari, dan mungkin kita akan dapat melihat dengan lebih dekat pelbagai fungsi yang dibawakan oleh Windows 10 pada telefon melaluinya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd