Setelah Samsung dan HTC, kini giliran pihak Motorola pula memperkenalkan kemaskini Android 5.0 Lollipop kepada pengguna tempatan. Bagi anda yang menggunakannya, boleh menyemak kemaskini hari ini, dan menaik-taraf peranti anda untuk menggunakan versi Android terkini.
Android 5.0 untuk Motorola Moto G membawakan antaramuka yang baru – dikenali sebagai Material Design. Ia membawakan lebih banyak kesan animasi, disamping rekaan yang lebih responsif berbanding sebelumnya.
Disamping itu, beberapa pembaharuan baru lain adalah termasuk sokongan kawalan notifikasi pada lock-screen, dan juga fungsi Battery Saver untuk ketahanan bateri lebih lama.
Bagi anda yang menggunakan Moto G 2013, anda boleh menaik-taraf peranti anda ke versi baru hari ini.