Samsung Galaxy Note Edge Melepasi Sirim – Akan Dijual Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Samsung Galaxy Note Edge Melepasi Sirim – Akan Dijual Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Jan 23, 2015 oleh .

Samsung ketika pengenalan Galaxy Note 4 tempoh hari, turut telah memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar dengan skrin melengkung, dinamakan sebagai Galaxy Note Edge. Kini, peranti berkenaan dilihat telah pun melepasi Sirim Malaysia, sekaligus memperlihatkan ia akan dijual di Malaysia tidak lama lagi.

Samsung Galaxy Note Edge

Melalui Galaxy Note Edge, Samsung telah bereksperimen dengan rekaan bahagian tepi melengkung – dimana ia menerima pelbagai reaksi positif daripada pengguna seluruh dunia. Melaluinya, pengguna boleh membuat beberapa kawalan, disamping turut melihat notifikasi dan kemaskini pada bahagian tepi tanpa perlu mengaktifkan skrin utama.

Apa pun, harga jualannya kelak akan menjadikan penentu sama ada ia akan menerima permintaan pengguna ataupun tidak. Rakan kami di Lowyat melaporkan ia akan mula dijual di Malaysia pada bulan Februari kelak.


TIPS & ULASAN