Huawei Dilaporkan Menjadualkan Acara Pengumuman Peranti Baru Pada 1 Mac

Huawei Dilaporkan Menjadualkan Acara Pengumuman Peranti Baru Pada 1 Mac

Diterbitkan pada Jan 23, 2015 oleh .

Dengan acara Mobile World Congress yang akan diadakan pada awal Mac, ramai pengeluar peranti yang menjadualkan acara pengumuman mereka. Terkini, selain daripada HTC, pihak Huawei turut menjadualkan acara pengumuman produk mereka, dimana mereka turut memilih tarikh 1 Mac untuk tujuan berkenaan.

Honor 6 dan Ascend P7

Huawei pada tahun lepas telah memperkenalkan Ascend P7 dan juga Ascend Mate 7 – dimana kedua-duanya menerima pelbagai reaksi positif daripada pengguna.

Terkini, mengikut desas-desus, Huawei dikatakan akan menguggurkan jenama Ascend, dan akan menggunakan terus jenama seperti Mate, atau P8. Namun, apakah yang akan diumumkan oleh Huawei pada acara MWC 2015 kelak masih menjadi tanda tanya. Mungkinkah kita akan dapat melihat P8 pada acara berkenaan?


TIPS & ULASAN