Cari @ Amanz

Tidak lama sebelum ini, Sony pernah melancarkan sebuah kamera digital memfokuskan selfie, dinamakan sebagai Cyber-shot DSC-KW11. Kini, selang beberapa bulan, pihak Sony turut sama telah membawanya masuk ke Malaysia, dimana kini mereka telah pun memulakan proses pra-tempahan untuk kamera berkenaan.

Sony Cybershot DSC-KW11

Kamera ini membawakan sensor 19.2-megapixel Exmor RS CMOS untuk merakamkan gambar dengan terang dan jelas, selain aperture F2 untuk mengurangkan kesan noise pada gambar yang dirakamkan. Sony mengatakan ia turut sesuai untuk digunakan pada keadaan cahaya rendah, dan kameranya boleh dipusing 180-darjah untuk memudahkan rakaman selfie. Lensa yang disertakan adalah lensa rakaman luas untuk membolehkan anda menyertakan gambar belakang yang lebih luas berbanding penggunaan kamera biasa.

Disamping itu, melengkapkan kamera ini juga adalah skrin bersaiz 3.3-inci OLED untuk membolehkan anda melihat imej yang dirakamkan dengan mudah. Kamera selfie ini turut hadir dengan sokongan NFC dan juga WiFi untuk memudahkan pemindahan gambar ke telefon dan tablet.

Melengkapkan pada bahagian perisian adalah dimana Sony menyertakan beberapa fungsi khusus untuk menambah-baik gambar tona kulit, membesarkan mata, dan beberapa mod tambahan lain.

Kamera selfie Cybershot DSC-KW11 ini hadir dalam pilihan warna putih, merah jambu, hijau dan juga ungu. Sony mengatakan rekaannya yang menyerupai botol minyak wangi ini turut menyertaka elemen rekaan Swarovski, dan memudahkan pengguna untuk memegangnya dan membawanya ke mana-mana.

Di Malaysia, kamera selfie ini ditawarkan pada harga RM3299 – yang mana boleh dikatakan agak mahal untuk sebuah kamera selfie. Untuk fasa pra-tempahan, pihak Sony turut menawarkan beberapa hadiah percuma, termasuk kad mikro-SD, sebuah kerangka, dan juga bateri tambahan.

Sony Cyber-shot DSC-KW1

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd