Meizu MX4 Mula Ditawarkan Melalui DiGi – MX4 Pro Disasarkan Ke Malaysia Pada Mac 2015

Meizu MX4 Mula Ditawarkan Melalui DiGi – MX4 Pro Disasarkan Ke Malaysia Pada Mac 2015

Diterbitkan pada Jan 24, 2015 oleh .

Meizu merupakan salah satu syarikat telefon pintar dari China yang telah mula menawarkan telefon mereka di Malaysia. Mereka telah mula menawarkan Meizu MX4 di pasaran tempatan sejak penghujung 2014 yang lepas, dimana mereka telah menawarkannya melalui Lazada ketika pengenalan.

Meizu MX4

Meizu MX4 merupakan telefon pintar dengan rekaan yang amat menarik daripada Meizu, hadir dengan skrin bersaiz 5.36-inci dengan paparan HD penuh, cip pemprosesan lapan-teras MediaTek, memori sebanyak 2GB RAM, kamera belakang 20.7-megapixel daripada Sony, dan kamera hadapan 2-megapixel. Peranti ini turut dilengkapi dengan antaramuka Flyme OS 4.0 yang menyertakan beberapa ciri-ciri menarik melaluinya.

Kini, mereka turut mula menawarkan peranti mereka dengan pakej langganan melalui DiGi, Meizu menawarkan MX4 versi 32GB yang berharga RM1299 pada harga langganan serendah RM429 dengan langganan selama 24 bulan untuk pakej DG Smartplan 148.

Pada masa yang sama, pihak Blue Kor – pengedar rasmi Meizu di Malaysia turut berkongsi mengatakan mereka akan memasarkan Meizu MX4 Pro di Malaysia sekitar pertengahan bulan Mac kelak. Meizu MX4 Pro membawakan beberapa ciri-ciri tambahan berbanding versi asal, termasuk sokongan skrin pada paparan 2K, dan juga sokongan pengimbas cap jari.

Meizu MX4 Pro

Meizu M-Touch

Meizu MX4 Pro


TIPS & ULASAN