Gambar Prototaip Awal HTC One M9 Tertiris Ke Arena Web – Memperlihatkan Rekaan Menyerupai M8
HTC

Gambar Prototaip Awal HTC One M9 Tertiris Ke Arena Web – Memperlihatkan Rekaan Menyerupai M8

Diterbitkan pada Jan 24, 2015 oleh .

HTC telah mula menghantar jemputan kepada acara pelancaran peranti baru yang dijadualkan pada 1 Mac kelak. Beberapa info awal seperti spesifikasi yang dijangka dibawakan telah sedia tertiris sebelum ini, dan kini beberapa gambar tertiris memperlihatkan perubahan awal pada peranti.

Melalui beberapa gambar yang tertiris, ia memperlihatkan HTC mencuba kembali rekaan HTC One M8 – berkemungkinan kerana ia merupakan salah satu rekaan yang menarik dan diminati ramai, sementara membawakan beberapa perubahan kecil padanya.

HTC One M9 Hima

HTC One M9 Hima

Melalui gambar yang tertiris, ia memperlihatkan perubahan butang kuasa ke sebelah kanan peranti, berbanding lokasinya pada atas sebelum ini. Disamping itu, pihak HTC juga dilihat sedang menguji rekaan mereka dengan perubahan pada bahagian kamera belakang.

Mengikut desas-desus sebelum ini, HTC dikatakan akan menggunakan kamera belakang 20.7-megapixel dan kamera Ultrapixel pada bahagian hadapan. Dari segi spesifikasi lain, peranti ini dijangka akan menyertakan skrin bersaiz 5-inci, cip Snapdragon 810 dengan Adreno 430 GPU, memori 3GB RAM, dan juga dilengkapi Android 5.0 Lolipop serta HTC Sense 7.0.

Berkemungkinan rekaan yang tertiris ini bukan rekaan akhir, dan kita akan dapat melihatnya sendiri dalam tempoh lebih sebulan lagi.

Jadi, bagi anda, adakah anda menantikan rekaan baru secara menyeluruh, ataupun kemaskini kecil rekaan pada peranti sedia ada memadai?


TIPS & ULASAN