WhatSim : Kad SIM Membolehkan Anda Menggunakan WhatsApp Di Seluruh Dunia

WhatSim : Kad SIM Membolehkan Anda Menggunakan WhatsApp Di Seluruh Dunia

Diterbitkan pada Jan 24, 2015 oleh .

Jika anda kerap ke luar negara anda pasti mengalami dilema sama ada mahu menggunakan peranti anda secara roaming ataupun membeli kad SIM tempatan. Jika memilih untuk roaming bil telefon anda pasti melonjak naik. Membeli kad SIM tempatan adalah lebih murah tetapi ia menyukarkan anda untuk dihubungi kerana pertukaran nombor telefon. Pertukaran kad SIM juga menyebabkan akaun WhatsApp anda tidak lagi boleh digunakan di luar negara. Sekiranya anda pengguna tegar WhatsApp dan pada masa yang sama tidak mahu terputus hubungan ketika di luar negara anda mempunyai pilihan menggunakan WhatSim. Dengan bayaran serendah €10 setahun anda boleh mengakses perkhidmatan WhatsApp di seluruh dunia tanpa had dengan menggunakan kad SIM khas mereka. Bayaran sekitar RM 41 setahun ini hanya meliputi kos menghantar mesej berbentuk teks. Sekiranya anda mahu menghantar video, gambar dan klip audio terdapat bayaran tambahan mengikut negara-negara tertentu. Perkhidmatan WhatSim disokong oleh 400 pengusaha telco di 150 negara termasuk Malaysia. Kini anda boleh menggunakan perkhidmatan WhatsApp dimana-mana sahaja di dunia dengan bayaran yang munasabah.

whatsim

 


TIPS & ULASAN