Cari @ Amanz

Khan AcademyKhan Academy merupakan salah satu perkhidmatan web yang menawarkan pelbagai topik pembelajaran dan latihan untuk pengguna pelajari – merangkumi pelbagai topik daripada matematik, sains dan sebagainya.

Mereka sebelum ini telah pun menawarkan aplikasi untuk iPad yang membolehkan pengguna mengikuti pelbagai pembelajaran terus pada tablet dengan mudah. Namun, untuk melakukan latihan, pengguna masih perlu mengakses webnya dan tidak diintegrasikan pada aplikasi mereka.

Kini, perkara tersebut berubah, apabila pihak Khan Academy kini menyertakan lebih 150,000 latihan pelbagai topik terus pada aplikasi iPad, memudahkan pengguna untuk membuat latihan terus tanpa perlu membuka pelayar dan sebagainya.

Aplikasi sama juga kini menyertakan sebuah scrathpad pada bahagian latihan untuk memudahkan pengguna membuat penulisan jawapan – terutamanya kira-kira berkaitan matematik.

Bagi anda yang mempunyai iPad, anda boleh memuat-turun aplikasi Khan Academy hari ini, dan menggunakannya dalam mempelajari pelbagai topik menarik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd