Lazada Menawarkan Pelbagai Diskaun Hebat Bersempena Tahun Baru Cina Pada 27 Januari

Lazada Menawarkan Pelbagai Diskaun Hebat Bersempena Tahun Baru Cina Pada 27 Januari

Diterbitkan pada Jan 26, 2015 oleh .

Dengan Tahun Baru Cina menjelang tiba, semestinya ramai yang ingin melakukan pembelian barangan baru untuk digunakan ataupun dihadiahkan kepada yang lain. Kini, seperti beberapa jualan khusus yang pernah dilakukan Lazada sebelum ini, mereka turut sama akan menganjurkan sebuah jualan khusus bersempena dengan Tahun Baru Cina pada 27 Januari ini.

Lazada akan menawarkan jualan pada harga diskaun untuk pelbagai barangan terpilih sepanjang hari. Dari pukul 12 tengah malam ke 8 pagi mereka akan menawarkan sejumlah barangan pada harga diskaun, dan dari pukul 8 pagi ke 12 tengah malam pula mereka akan hadir dengan beberapa barangan terpilih pada harga diskaun tinggi setiap jam.

NL_CNYREV_5-200115 (1)

Lazada turut dilihat menawarkan diskaun khusus untuk pengguna kad Maybank, dimana anda akan menerima diskaun sebanyak 10% tambahan atas setiap pembelian sepanjang hari berkenaan. Untuk pelanggan yang memegang kad CIMB pula, anda akan dapat membeli Redmi Note 4G pada harga RM549 – yang mana terhad kepada 200 unit pertama sahaja.

Lazada juga akan menawarkan beberapa peranti popular, seperti Honor 3C Lite pada harga RM399, Honor 6 pada harga RM999, dan Honor Tablet pada harga RM499 pada hari tersebut. Setiap pembelian produk Huawei ini juga dikatakan akan menerima beberapa hadiah misteri tambahan pada tarikh tersebut.

Bagi anda yang bercadang untuk membeli barangan elektronik atau gajet dalam masa terdekat ini, mungkin boleh menyemak apakah yang akan ditawarkan oleh Lazada pada tarikh 27 Januari ini.

Penafian: Advertorial dari Lazada.

TIPS & ULASAN