HTC Dilihat Ingin Menyertai Arena E-Sukan – Menaja Beberapa Pasukan E-Sukan
HTC

HTC Dilihat Ingin Menyertai Arena E-Sukan – Menaja Beberapa Pasukan E-Sukan

Diterbitkan pada Jan 26, 2015 oleh .

HTC E-SukanHTC sedia dikenali ramai sebagai pengeluar peranti mudah-alih dengan rekaan dan binaan yang cantik dan menarik. Nampaknya, akhir-akhir ini mereka ingin pelbagaikan portfolio dibawah mereka, dan baru-baru ini dilihat telah menaja tiga pasukan yang terlibat dalam sukan permainan elektronik.

Bukan setakat tajaan sahaja, ia dilihat HTC turut sama mewujudkan sebuah jawatan khusus dalam syarikat mereka, menamakannya sebagai Pengurus Projek E-Sukan – sekaligus memperlihatkan keutamaan yang diberikan oleh pihak HTC terhadap arena berkenaan.

Pada hari ini, pelbagai syarikat menaja pasukan e-sukan, dan antara yang terkemuka adalah Asus. Namun, mereka mempunyai produk memfokuskan gamer, dan berbeza dengan apa yang dilakukan oleh HTC.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah tujuan pihak HTC – adakah sama ada ia sekadar tajaan biasa sekadar pemasaran sahaja, ataupun mereka mempunyai suatu perancangan khusus dalam arena permainan.


TIPS & ULASAN