Cari @ Amanz

max-greenberg-sameer-yeleswarapu-ian-cullimore-cirin-rubber-band-powered-rc-car-art-center-college-of-design-designboom-03

Kereta kawalan jauh ialah mainan yang paling kami mahukan ketika kecil tetapi tidak pernah dimiliki kerana harga yang terlalu mahal. Sebagai pengubat kekecewaan kami membeli model Tamiya sahaja kerana lebih murah dan masih boleh digunakan untuk berlumba. Biasanya kereta kawalan jauh menggunakan kuasa bateri untuk bergerak. Versi enjin petrol juga wujud untuk penggiat sukan kawalan jauh. Kini wujud sebuah kereta kawalan jauh yang menggunakan kuasa gelang getah. Cirin menggunakan getah sepanjang 16 kaki bagi membekalkan kuasa kepada roda. Keseluruhan tubuhnya pula dibina dengan menggunakan teknologi cetakan 3D. Ianya projek yang dihasilkan bagi menggabungkan teknologi terkini dengan sumber kuasa tidak konvensional. Cirin mampu bergerak sejauh beberapa ratus kaki pada kelajuan mencecah 30 batu sejam sebelum kehabisan tenaga. Ini bukanlah rekaan yang praktikal tetapi masih lagi menarik kerana pengguna sumber tenaga yang jarang kita fikirkan.

max-greenberg-sameer-yeleswarapu-ian-cullimore-cirin-rubber-band-powered-rc-car-art-center-college-of-design-designboom-06

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd