Facebook sedia mempunyai inisiatif dinamakan sebagai Internet.org dalam usaha membawa akses internet kepada lebih ramai pengguna di seluruh dunia. Kini, dalam usaha melengkapkannya juga, pihak Facebook memperkenalkan sebuah aplikasi khusus dinamakan sebagai Facebook Lite.
Aplikasi ini ditawarkan untuk pengguna Android, dimana ia membawakan saiz aplikasi yang sangat kecil – sekitar 252KB dan dioptimasikan untuk digunakan bersama-sama rangkaian 2G. Selain penggunaan pada rangkaian berkelajuan rendah, aplikasi ini juga turut dioptimasikan untuk peranti Android berspesifikasi rendah yang mana biasanya banyak digunakan di negara-negara membangun ini.
Buat masa ini, aplikasi ini ditawarkan ke pengguna di beberapa buah negara sahaja, termasuk di Bangladesh, Afrika Selatan, Sri Lanka, Vietnam, Zimbabwe, Sudan, dan juga Nepal.
Mungkinkah dengan pengenalan pihak Facebook ini, kita akan dapat melihat lebih banyak pembangun aplikasi yang hadir dengan sokongan aplikasi berbentuk “Lite” sebegini?
- Muat Turun
- Facebook Lite di Google Play Store