Cari @ Amanz

Serangan ke atas pejabat Charlie Hebdo awal bulan yang lalu menjadi tarikan dunia. Selepas serangan berlaku ribuan lukisan yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW mula membanjiri laman media sosial sebagai tanda bantahan kepada pembunuhan 11 anggota redaksi Charlie Hebdo. Mahkamah Turki semalam mengeluarkan arahan kepada Facebook supaya menghalang akses kepada laman-laman Facebook yang memaparkan gambar Rasulullah. Facebook perlu mematuhi arahan kerajaan Turki ini sekiranya mereka tidak mahu akses kepada Facebook dihalang sepenuhnya oleh mereka. Arahan menghalang akses ini bukan perkara baru buat kerajaan Turki. Sebelum ini laman YouTube dan Twitter juga dihalang aksesnya di negara ini kerana dituduh menyebarkan fitnah Presiden Erdogan dikatakan korup. Akses hanya dikembalikan selepas dua media sosial ini akur dengan perintah yang diberikan. Sebelum ini pemilik Facebook Mark Zuckerberg mengeluarkan kenyataan Facebook tidak akan melakukan sebarang tapisan ke atas apa-apa yang dimuat naik ke laman milik beliau berikutan insiden Charlie Hebdo. Menurut beliau kebebasan bersuara adalah perlu dipertahankan. Pada waktu yang sama Facebook tidak pula teragak-agak memadam akaun serta laman yang menyokong kegiatan ISIS. Sebagai contoh beberapa laman pejuang ISIS dipadamkan kerana dikatakan menyebarkan propaganda keganasan. Sehingga kini masih tiada maklum balas dari pihak Facebook mengenai arahan yang diberikan ini.

caheli-hebdo

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd