Asus Ingin Hadir Dengan ZenWatch Baru Yang Mempunyai Bateri Bertahan Sehingga Seminggu

Asus Ingin Hadir Dengan ZenWatch Baru Yang Mempunyai Bateri Bertahan Sehingga Seminggu

Diterbitkan pada Jan 26, 2015 oleh .

Bercakap mengenai jam tangan pintar hari ini, kebanyakkannya hanya mempunyai masa bertahan bateri sehingga tiga hari sahaja. Malah Apple sendiri dilihat masalah dalam pengoptimasian bateri mereka. Namun, Asus berkemungkinan telah menemui salah satu kaedah untuk mengatasinya.

ASUS ZenWatch-03

Bercakap mengenai perancangan untuk jam tangan pintar baru, Asus mengatakan mereka ingin hadir dengan jam tangan pintar yang mampu bertahan sehingga seminggu dengan sekali pengecasan, berbanding hanya dua tiga hari pada masa kini.

Untuknya, mereka mungkin akan membuat beberapa perubahan, termasuk menggunakan cip pemprosesan yang lebih rendah tenaga pemprosesannya, dan mungkin mengoptimasikan lagi sistem operasi yang digunakan olehnya.

Asus buat masa ini hanya menawarkan satu jam tangan pintar sahaja, iaitu Asus ZenWatch dan dijana menggunakan Android Wear. ZenWatch generasi baru dijangka hadir sekitar suku ketiga 2015 ini – selari dengan acara IFA 2015 yang dijadualkan pada bulan September kelak.


TIPS & ULASAN