Samsung Dilaporkan Akan Membekalkan Majoriti Cip Pemprosesan Untuk iPhone Generasi Baru

Samsung Dilaporkan Akan Membekalkan Majoriti Cip Pemprosesan Untuk iPhone Generasi Baru

Diterbitkan pada Jan 27, 2015 oleh .

Samsung sedia membekalkan cip pemprosesan beberapa kali untuk Apple bagi digunakan pada telefon pintar keluaran mereka, iPhone. Terkini, mengikut laporan baru, Samsung sekali lagi dikatakan akan menjadi pembekal utama untuk iPhone generasi baru kelak.

Menurut apa yang dilaporkan, Samsung dikatakan akan bertanggungjawab untuk membekalkan sekitar 75% cip untuk digunakan pada iPhone generasi baru.

Seperti biasa, Apple dan Samsung tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengannya.

Jika ini benar, maka kita akan dapat melihat Apple A9 yang kelak digunakan pada iPhone generasi baru (iPhone 6s?), iPad Air baru dan juga iPad Mini baru. Pemilihan Samsung mungkin bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan mereka merupakan antara syarikat yang mempunyai kapasiti pengeluaran yang tinggi berbanding beberapa syarikat lain.


TIPS & ULASAN