Hukuman Denda Jika Anak Anda Menggunakan Peranti Terlalu Lama Di Taiwan

Hukuman Denda Jika Anak Anda Menggunakan Peranti Terlalu Lama Di Taiwan

Diterbitkan pada Jan 27, 2015 oleh .

image

Apakah waktu penggunaan peranti yang patut diberikan kepada anak-anak anda? Ini adalah persoalan hangat yang sering dibincangkan oleh golongan ibu bapa seperti saya. Ada golongan yang percaya kanak-kanak harus diperkenalkan kepada peranti secepat yang mungkin bagi memberikan mereka kelebihan di masa hadapan. Terdapat juga golongan ibu bapa yang mahu mengharamkan penggunaan peranti sehinggalah anak mereka cukup besar. Aneh sekali pendapat ini disokong oleh mendiang Steve Jobs sendiri, sungguhpun beliau adalah nama besar dalam dunia IT. Di Taiwan pihak kerajaan menetapkan kanak-kanak di antara umur 3-12 tahun hanya boleh menggunakan peranti selama 30 minit setiap sesi penggunaan. Ibu bapa yang gagal mengawal penggunaan peranti anak-anak mereka boleh didenda sehingga NTD 50 000 (RM 5800). Bayi di bawah umur 3 tahun pula adalah dilarang sama sekali dari menggunakan peranti. Undang-undang baru ini digubal selepas kerajaan mendapat saranan dari golongan doktor yang mengatakan jumlah kanak-kanak dengan masalah mata meningkat sejak kebelakangan ini. Penggunaan peranti dirasakan adalah punca semakin banyak masalah rabun di Taiwan. Majoriti ibu bapa membantah undang-undang ini kerana ianya sukar untuk dilaksanakan dan sekaligus mencampuri hak mereka untuk membesarkan anak mengikut kehendak peribadi. Di Malaysia semalam heboh berita merotan anak mungkin akan dikategorikan sebagai jenayah. Kami merasakan jika kerajaan Malaysia mengikuti langkah Taiwan, sekali lagi ia akan menimbulkan kontroversi.

 


TIPS & ULASAN