Carian
Telefon Boleh Lipat Android LG Ice Cream Smart Dilancarkan
January 27, 2015 • Effi Saharudin

LG-Ice-Cream-Smart-d-

Adakah anda merindui telefon boleh lipat seperti Motorola Razr? Sekiranya anda golongan yang mahukan peranti Android dengan papan kekunci fizikal LG melancarkan LG Ice Cream Smart di Korea Selatan semalam. Peranti pintar ini menggunakan Android Kit Kat dan mempunyai papan kekunci alpha numerik. Ia mempunyai skrin sesentuh 3.5″ LCD (480 x 320 pixel), pemproses 1.2 GHz empat teras, RAM 1 Gigabyte dan muatan dalaman 8 Gigabyte dengan sokongan kad MikroSD. Kemampuan optik pula ialah kamera utama 8 Megapixel  dan kamera hadapan VGA. Butang khas untuk aplikasi KaKao Talk turut disertakan. Bateri pula adalah sebesar 1700 mAh. Terdapat dua pilihan warna iaitu biru dan merah pastel. Peranti ini hanya akan dijual di pasaran Korea Selatan buat masa ini. Masihkah ada pasaran untuk peranti pintar boleh lipat seperti ini di Malaysia? Jika dijual di pasaran tempatan adakah anda berminat untuk memilikinya?

LG-Ice-Cream-Smart-a-

Komen