Lazada Menawarkan Diskaun Hebat Untuk Pembelian Barangan Hari Ini – Dapatkan Baucar Diskaun Anda Di Sini

Lazada Menawarkan Diskaun Hebat Untuk Pembelian Barangan Hari Ini – Dapatkan Baucar Diskaun Anda Di Sini

Diterbitkan pada Jan 27, 2015 oleh .

Bersempena dengan Tahun Baru Cina, hari ini Lazada menawarkan diskaun untuk pelbagai barangan menarik, membolehkan pengguna mendapatkan barangan pada harga bermula RM8.88. Lazada juga turut menyediakan pelbagai penawaran menarik setiap sejam sehingga pukul 12 tengah malam kelak.

Antara produk yang menarik perhatian adalah Redmi Note 4G daripada Xiaomi yang diawarkan pada harga RM589 – dan pengguna boleh mendapatkan diskaun tambahan sebanyak RM40 jika menggunakan kad CIMB.

Disamping itu, pihak Lazada turut menawarkan peranti daripada Huawei, termasuk Honor 3C, Honor 6, dan juga Honor Tablet. Beberapa peranti yang ditawarkan dengan diskaun terhad adalah termasuk Zenfone, iPhone 6 Plus dan beberapa telefon mudah-alih lain yang menarik.

Seperti dikongsikan kami semalam, pengguna yang memiliki kad Maybank, anda akan menerima diskaun sebanyak 10% atas sebarang pembelian.

Khusus untuk pembaca Amanz, pihak Lazada turut menawarkan diskaun tambahan sebanyak RM20 yang mana anda boleh dapatkan dengan kupon AMANZ20.

Lazada Amanz

Layari : Lazada Promosi Tahun Baru Cina 2015


TIPS & ULASAN