Carian
Asus EeeBook X205 Diumumkan Untuk Malaysia – Komputer Riba Dengan Cip Intel BayTrail Dan Windows 8.1 Bing
January 27, 2015 Aman

Asus Malaysia hari ini telah memperkenalkan satu lagi komputer riba terbaru daripada mereka untuk pasaran Malaysia, iaitu Asus EeeBook X205. Ia membawakan rekaan bersaiz kompak, dan ditujukan kepada mereka yang inginkan komputer riba ketika bergerak dan memudahkan tugasan ketika mereka di luar.

Asus EeeBook X205

Asus EeeBook X205

Asus EeeBook X205

Asus EeeBook X205

Asus EeeBook X205 secara kasarnya dilihat sebagai evolusi daripada keluarga EeePc sebelum ini, namun Asus tidak lagi menggunakan nama netbook seperti beberapa tahun sebelum ini.

Dari segi spesifikasi, EeeBook X205 hadir dengan skrin bersaiz 11.6-inci, dijana menggunakan cip Intel BayTrail 1.33Ghz empat-teras, memori sebanyak 2GB SDRAM, pembaca kad mikro-SD, kamera hadapan VGA untuk webcam, sokongan mikro-HDMI dan juga dua port USB 2.0.

Asus mengatakan komputer riba ini mampu bertahan sehingga 12 jam lamanya dengan sekali pengecasan, dan turut hadir dengan sokongan Office 365 untuk setahun bagi membolehkan pengguna mengakses perisian pejabat Word, Excel, Outlook, PowerPoint, OneNote dan sebagainya – selain ruangan storan percuma 1TB.

Kami telah berpeluang mencubanya secara ringkas, dan komputer riba ini nampak amat ringan dan beroperasi tanpa sebarang masalah. Namun, memandangkan model yang kami cuba adalah set baru, maka ia tidak diketahui bagaimanakah prestasinya apabila pelbagai fail dan dokumen dimuatkan dalam komputer riba berkenaan.

Asus EeeBook X205

Asus EeeBook X205

Asus EeeBook X205

Asus EeeBook X205

Di Malaysia, dua variasi EeeBook X205 akan dipasarkan, iaitu dengan kapasiti storan 32GB dan juga 64GB. Versi 32GB dipasarkan pada harga RM699, sementara versi 64GB pula akan dipasarkan pada harga RM799. Kedua-dua model akan dipasarkan bermula awal Mac 2015 kelak.

Komen