Lumia 930 Mula Menerima Kemaskini Lumia Denim Di Malaysia

Lumia 930 Mula Menerima Kemaskini Lumia Denim Di Malaysia

Diterbitkan pada Jan 28, 2015 oleh .

Lumia DenimMicrosoft telah mula memperkenalkan kemaskini Lumia Denim secara berperingkat mengikut peranti sejak bulan lepas. Hari ini, kemaskini Lumia Denim turut hadir untuk pengguna peranti Lumia 930, sekaligus membolehkan mereka menikmati pelbagai fungsi baru yang dibawakan olehnya.

Melalui kemaskini Lumia Denim, para pengguna akan menerima beberapa fungsi baru, termasuk kebolehan membuat folder dan menyusun Tiles didalamnya pada skrin hadapan, penambah-baikkan pada aplikasi kamera, pengenalan aplikasi Lumia Camera, dan pelbagai perkara baru lain.

Bagi anda yang menggunakan Lumia 930, anda boleh ke halaman Settings > Phone Update untuk memulakan proses menaik-taraf peranti anda ke Lumia Denim hari ini.


TIPS & ULASAN