YouTube Kini Menggunakan Teknologi HTML5 Untuk Penstriman Di Keseluruhan Web Menggantikan Flash

YouTube Kini Menggunakan Teknologi HTML5 Untuk Penstriman Di Keseluruhan Web Menggantikan Flash

Diterbitkan pada Jan 28, 2015 oleh .

YouTubeGoogle telah mula menguji sokongan penstriman video menggunakan teknologi HTML5 sejak daripada tahun 2010 yang lepas, dan hari ini, mereka mengubah tetapan YouTube untuk strim semua video pada web menggunakan HTML5, berbanding penggunaan Flash sebelum ini.

Dengan perubahan ini, para pengguna tidak perlu risau sebarang perkara, memandangkan kesemua pelayar web moden termasuk Chrome, Firefox, Internet Explorer 11 dan juga Opera menyokongnya tanpa sebarang masalah. Penggunaan teknologi HTML5 turut membolehkan kandungan di YouTube dibawa ke pelbagai peranti lain, termasuk TV, peranti penstriman dan sebagainya. Pihak YouTube mengatakan transasi ini membolehkan pengguna menikmati kualiti video baik dengan lebih pantas berbanding sebelumnya, selain penggunaan VP9 yang mengurangkan penggunaan saiz data berbanding sebelumnya.

Dengan perubahan ini juga, pihak YouTube mengatakan pembangun atau penerbit kandungan boleh menggunakan kod iframe yang disediakan mereka yang membolehkan pemain video yang bersesuaian ditunjukkan secara automatik pada pengunjung web, berbanding penggunaan kod object sebelum ini yang mana lebih kepada berasaskan Flash.


TIPS & ULASAN