Cari @ Amanz

no-video-game-day-640x415

Permainan video ialah aktiviti santai yang saya gemar lakukan di hujung minggu. Ianya aktiviti yang telah saya lakukan sejak 28 tahun yang lalu. Hidup pastinya lebih bosan jika permainan video tidak wujud. Permainan video kini semakin popular kerana ianya turut boleh dimainkan pada peranti pintar. Oleh sebab itu ramai mengatakan generasi akan datang akan mempunyai masalah kerana terlalu kerap bermain permainan video. Di Wilayah Hokkaido dua hari sebulan akan diadakan kempen hari bebas permainan video. Inisiatif ini dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan bagi menggalakkan kanak-kanak untuk bebas dari dunia maya dan berinteraksi dengan dunia sebenar. Permainan video juga turut dipersalahkan atas markah peperiksaan tempatan yang dikatakan semakin merudum. Hari tanpa permainan video diharap dapat memperbaiki prestasi akademik pelajar tempatan. Apa yang dilakukan di Hokkaido saya rasakan adalah lebih baik dari mendenda ibu bapa seperti yang dilakukan di Taiwan. Kedua-duanya berharap dapat menggalakkan kanak-kanak untuk lebih berinteraksi dan aktif. Bagaimana pula dengan anda? Rasanya ada golongan dewasa di Malaysia yang harus menyertai hari bebas Clash of Clan. Sudah ada kes anak isteri terabai kerana taksub dengan permainan mobil ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd