Cari @ Amanz

Bagi para peminat peranti Motorola, mungkin anda sedia menantikan Moto X generasi kedua atau lebih dikenali sebagai Moto X 2014 memasuki pasaran tempatan. Terkini, pihak Brightstar Malaysia telah mula memasarkannya dan menjual ia di Malaysia bermula hari ini.

Moto X

Moto X

Moto X 2014 merupakan kemaskini kepada keluarga Moto X sebelum ini, dimana versi baru ini hadir dengan skrin bersaiz 5.2-inci dengan resolusi 1080p, cip pemprosesan Snapdragon 801, memori sebanyak 2GB RAM, kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 2-megapixel. Peranti ini turut menyertakan rekaan speaker pada bahagian hadapan dibawah, bateri berkapasiti 2300mAh dan juga ruangan storan 16GB.

Menjadi salah satu titik jualan oleh peranti ini adalah sokongan Android versi asal tanpa sebarang penambahan antaramuka, selain kemaskini Android yang lebih pantas berbanding beberapa pengeluar lain.

Di Malaysia, peranti ini membawakan harga saranan jualan pada RM1888 dan sudah boleh didapati daripada pengedar Brightstar bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd