Digi Hadir Dengan Saluran WeChat Rasmi Untuk Memudahkan Pelanggan

Digi Hadir Dengan Saluran WeChat Rasmi Untuk Memudahkan Pelanggan

Diterbitkan pada Jan 28, 2015 oleh .

Digi selain penjenamaan baru, mereka turut sama kini telah melancarkan sebuah saluran rasmi pada perkhidmatan permesejan WeChat. Melaluinya, pelanggan boleh membuat beberapa perkara termasuk menyemak status akaun mereka.

Saluran Digi pada WeChat ini beroperasi sebagai saluran layan diri automatik, dimana pengguna boleh menaip beberapa arahan dan menerima jawapan terus melaluinya. Disamping itu, pihak Digi turut menyediakan pautan khusus untuk menyemak akaun, melanggan internet, mengakses ganjaran dan sebagainya.

Digi WeChat

Untuk mula menggunakannya, pengguna perlulah menambah Digi pada WeChat menggunakan nama pengguna Digi_MY.

Digi turut mengatakan tiada sebarang penggunaan data akan diambil-kira apabila pengguna menggunakan WeChat, sekaligus memberikan satu lagi peluang kepada para pelanggan Digi untuk menggunakan perkhidmatan permesejan berkenaan tanpa had untuk mereka yang melanggan pelan data mingguan dan bulanan daripada Digi.


TIPS & ULASAN