Sony Dilaporkan Bakal Kurangkan Pekerja Pada Bahagian Telefon Pintar

Sony Dilaporkan Bakal Kurangkan Pekerja Pada Bahagian Telefon Pintar

Diterbitkan pada Jan 28, 2015 oleh .

Sony walaupun hadir dengan telefon pintar menarik seperti Xperia Z3, namun mereka masih mempunyai masalah dalam pemasaran dan mendapatkan pengguna untuk membelinya. Perkara ini sekaligus memberikan impak ke atas kos operasi syarikat, dan kini dikatakan Sony ingin mengurangkan pekerjai pada bahagian telefon pintar mereka.

Menurut laporan daripada Reuters, seramai 1,000 pekerja dijangka akan dihentikan oleh mereka tidak lama lagi dalam mengurangkan kerugian syarikat.

Sony Xperia Z3

Sony sebelum ini telah dispekulasi bersedia untuk bekerjasama dengan syarikat lain, ataupun mungkin menjual bahagian telefon pintar mereka kepada pihak lain seperti yang dilakukan terhadap jenama VAIO pada tahun lepas.

Buat masa ini, Sony tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengannya. Beberapa laporan sebelum ini turut mengatakan Sony mungkin tidak akan memperkenalkan Xperia Z4 pada MWC 2015 ini, dan mungkin ditangguhkan pelancarannya – ataupun mungkin mereka beralih kembali kepada pengenalan peranti flagship setiap setahun sekali berbanding pengenalan setiap 6 bulan.


TIPS & ULASAN