ZTE Mengumumkan Blade S6 4G – Akan Hadir Ke Malaysia Pada 10 Februari

ZTE Mengumumkan Blade S6 4G – Akan Hadir Ke Malaysia Pada 10 Februari

Diterbitkan pada Jan 28, 2015 oleh .

Hari ini, ZTE Mobile, salah satu syarikat pengeluar telefon pintar dari China, telah pun menambah satu lagi peranti baru dibawah keluarga Blade mereka, dinamakan sebagai ZTE Blade S6. Telefon yang disasarkan untuk golongan belia ini menariknya hadir pada harga yang mampu milik dan mempunyai bahagian tepi yang melengkung.

Telefon ini dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 615 lapan teras, dengan 2GB RAM DDR3, serta GPU Adreno 405 yang berkuasa dan turut berkebolehan untuk tugas Full-HD H.265 decoding. Telefon ini adalah telefon yang pertama daripada ZTE yang menggunakan cip lapan teras ini. Ia beroperasi menggunakan Android 5.0 Lollipop dan turut dilengkapi dengan rekaan antaramuka khusus dinamakan sebagai MiFavor 3.0.

ZTE Blade S6 -IMG_9242

ZTE Blade S6 -IMG_9238

Selain dari itu, telefon dengan capaian 4G LTE ini mempunyai pembesar suaranya yang turut menyokong format High Fidelity (Hi-Fi). Telefon dengan skrin bersaiz 5-inci ini turut dilengkapi dengan kapasiti bateri sebesar 2400mAh. ZTE Blade S6 membawakan sokongan dwi-SIM, dan turut dilengkapi dengan sokongan menambah ruangan storan 16GB menggunakan kad mikro-SD.

ZTE Blade S6 -IMG_9249

ZTE Blade S6 -IMG_9230

ZTE Blade S6 -IMG_9228

Kamera pada ZTE Blade S6 ini menggunakan sensor 13-megapixel daripada Sony dan bagi anda yang inginkan fungsi kamera professional pada telefon pintar, Blade S6 turut menyertakan tetapan khusus untuknya. Kamera hadapannya pula 5-megapixel dengan sokongan rakaman luas untuk memudahkan anda merakamkan selfie beramai-ramai.

Salah satu fungsi khusus telefon ini adalah fungsi dinamakan sebagai Smart Gesture, yang membolehkan pengguna melakukan perkara seperti menghidupkan lampu, memasuki mod cermin, memainkan lagu, menangkap gambar secara berterusan dan bermacam lagi dengan gerakan tangan yang mudah. Satu lagi fungsi AliveShare membolehkan pengguna Blade S6 bertukar fail dan gambar tanpa perlu sambungan internet.

ZTE Blade S6 -IMG_9235

ZTE Blade S6 -IMG_9261

Telefon ini dijual pada harga USD 249.99 (~RM902) dan boleh diperoleh melalui laman jualan AliExpress di China. ZTE Mobile mengatakan telefon ini akan dilancarkan pada 10 Februari untuk pasaran Malaysia.


TIPS & ULASAN