Adakah HTC One M9 Akan Kelihatan Seperti Ini?
HTC

Adakah HTC One M9 Akan Kelihatan Seperti Ini?

Diterbitkan pada Jan 28, 2015 oleh .

HTC 2015HTC sedia terkenal disebabkan oleh kualiti peranti dan rekaan yang dibawakan mereka. Perkara ini sekaligus membuatkan ramai ternanti-nanti berkenaan apakah yang akan dibawakan oleh pengeluar telefon dari Taiwan berkenaan pada acara 1 Mac 2015 kelak.

Sebelum ini, beberapa gambar tertiris membawakan rekaan seumpama HTC One M8 – yang mana kemudiannya diketahui pihak HTC hanya menggunakan rekaan kerangka lama untuk menguji hardware sahaja.

Terkini, seperti pada tahun lepas, @evleaks telah menerbitkan sebuah gambar baru pada Twitter, memperlihatkan kemungkinan rekaan baru yang akan digunakan pada HTC One M9 kelak.

Melalui apa yang dilihat, pihak HTC membawakan rekaan skrin yang lebih menyeluruh berbanding sebelumnya – menghilangkan bahagian bar berwarna hitam yang dikritik pada HTC One M8. Selain itu, mereka meletakkan kamera hadapan pada bahagian tengah seperti pada HTC Desire Eye sebelum ini.

Daripada gambar yang dikongsikan, ia dilihat dua variasi mungkin hadir – dimana satu lagi variasi seperti menyertakan sebuah butang khusus yang mungkin turut beroperasi pengimbas cap jari.

Dengan HTC menjadualkan tarikh 1 Mac untuk pengumuman rasmi peranti baru mereka, kita mungkin akan dapat melihat lebih banyak gambar baru tertiris pada minggu-minggu akan datang.

Jadi, bagi anda, apakah komen anda berkenaan rekaan baru ini?


TIPS & ULASAN