Cari @ Amanz

Kelmarin, kami telah melaporkan yang mana Samsung akan melancarkan Galaxy Note Edge di Malaysia pada awal Februari. Kini, beberapa maklumat lanjut mengenainya turut diketahui, termasuk dengan harga jualan rasminya di Malaysia.

Galaxy Note Edge

Galaxy Note Edge merupakan telefon pintar dibawah keluarga Galaxy Note, tetapi membawakan bahagian tepi melengkung dengan panel tambahan untuk memudahkan anda mengikuti pelbagai kemaskini dan notifikasi dengan mudah. Ia boleh dikatakan agak menerima reaksi positif pengguna ketika pengenalannya, dan ramai yang meminta Samsung Malaysia membawanya masuk ketika pelancaran Galaxy Note 4 tahun lepas.

Terkini, beberapa pengedar Samsung telah pun mula menjualnya di Malaysia, dimana harga saranan jualan yang dibawakan oleh peranti berkenaan adalah RM2999. Perkara ini mungkin dijangkakan ramai, memandangkan Galaxy Note 4 sendiri berharga RM2499 ketika pengenalannya.

Bagi anda, adakah anda akan mendapatkan peranti ini pada harganya, ataupun menantikan versi Galaxy S6 Edge daripada Samsung?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd