Meizu telah mempromosikan mengenai peranti berhubung sejak beberapa minggu lepas, dan kini secara rasminya telah memperkenalkan platform mereka tersendiri dinamakan sebagai LifeKit. Platform LifeKit ini membolehkan anda menghubungkan pelbagai peralatan elektronik terus ke telefon pintar anda, sekaligus mengawal dan turut pada masa yang sama menggunakannya dalam memastikan anda mempunyai gaya hidup yang sihat.
Dengan pengumuman LifeKit ini, pihak Meizu turut mengumumkan beberapa produk berupa peralatan elektronik pelengkap, seperti penimbang berat badan pintar dinamakan RyFit yang mana mengumpulkan data mengenai berat badan anda, X-Light Plus yang mana merupakan sebuah mentol pintar yang boleh dikawal pencahayaan dan warna lampu menggunakan telefon pintar, Air Box dan Air Cube yang berfungsi sebagai pembersih udara.
Meizu juga turut mengatakan platform LifeKit ini selari dengan peranti Haeir U+, sekaligus membolehkan anda mengawal pelbagai peranti yang ditawarkan Haeir seperti penghawa dingin, dan sebagainya.
Produk-produk yang telah diperkenalkan ini dijangka akan dipasarkan tidak lama lagi – dan berkemungkinan hanya khusus untuk pasaran China sahaja, lebih kurang seperti mana yang ditawarkan oleh pihak Xiaomi.