Samsung Galaxy J1 Disenaraikan Pada Laman Web Samsung Malaysia – Hadir Dengan Sokongan Palm Selfie

Samsung Galaxy J1 Disenaraikan Pada Laman Web Samsung Malaysia – Hadir Dengan Sokongan Palm Selfie

Diterbitkan pada Jan 29, 2015 oleh .

Kita sedia mendengar mengenai peranti baru daripada Samsung, dinamakan sebagai Galaxy J1 sebelum ini. Hari ini ia dilihat pihak Samsung Malaysia telah pun menyenaraikan peranti ini secara rasmi di laman mereka, sekaligus memperlihatkan pelbagai perkara baru yang dibawakan bersama-sama dengannya.

Samsung Galaxy J1

Samsung Galaxy J1

Samsung Galaxy J1

Dari segi spesifikasi, Galaxy J1 membawakan skrin bersaiz 4.3-inci dengan resolusi 480×800 pixel, cip dwi-teras 1.2Ghz, memori 512MB RAM, ruangan storan terbina 4GB, dan bateri boleh ditanggalkan berkapasiti 1850mAh. Peranti ini dilengkapi kamera belakang 5-megapixel, dan kamera hadapan 2-megapixel. Untuk telefoni, pihak Samsung melengkapkannya dengan sokongan dwi-SIM, dan menggunakan sistem operasi Android 4.4 KitKat padanya.

Dari segi fungsi, Galaxy J1 ini dilihat membawakan kemudahan merakamkan gambar dengan gesture tangan melalui fungsi dinamakan sebagai Palm Selfie. Selain darpada itu, pihak Samsung turut melengkapkan sokongan Ultra Power Saving Mode pada peranti ini dalam menawarkan masa penggunaan bateri yang lama – terutamanya apabila bateri anda dalam keadaan kapasiti rendah.

Kami telah menghubungi pihak Samsung dalam mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan harga dan penawaran peranti ini untuk pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN