Carian
Qantas Membekalkan Samsung Gear VR Kepada Penumpang Kelas Pertama
January 30, 2015 Effi Saharudin

Menaiki kapal terbang sebagai penumpang kelas pertama ialah kemewahan yang masih belum kami rasai. Penumpang kelas pertama sering diberikan layanan yang terbaik di samping ruang yang lebih besar berbanding penumpang kelas marhaen. Qantas dengan kerjasama Samsung kini membekalkan Samsung Gear VR kepada penumpang kelas pertama pesawat Airbus A380 mereka. Cermin mata maya 3D ini akan dicuba selama tiga bulan oleh penumpang kelas pertama laluan dari Australia ke Los Angeles. Dengan penggunaan Gear VR, Qantas berharap mereka akan memberikan perkhidmatan yang unik berbanding pesaing mereka. Penumpang boleh menonton filem berformat 3D dan juga filem khas yang dihasilkan untuk Gear VR. Perjalanan dari Australia ke Los Angeles mengambil masa hampir 16 jam dan hiburan adalah penting bagi membasmi kebosanan. Penggunaan peranti pintar di dalam pesawat semakin hari semakin bertambah. Sebelum ini ada kami laporkan United Airlines memberikan 23000 iPhone 6 kepada krew penerbangan mereka bagi mengurangkan berat mengangkut manual penerbangan. Di Amerika Syarikat juga sudah ada beberapa syarikat penerbangan menggantikan sistem hiburan terbina dengan iPad. Apakah penggunaan teknologi baru yang anda mahukan di dalam pesawat? Kongsikan pendapat anda di bawah.

qantas-samsung-gear-VR-designboom01

Komen