Carian
(Konsep) Apple Lightmac : Gabungan IOS dan OSX Dalam Satu Peranti
January 30, 2015 Effi Saharudin

Lightmac-2

Beberapa hari yang lalu Apple mengumumkan keuntungan suku terakhir 2014 melangkaui $8 billion. Majoriti keuntungan adalah hasil dari jualan iPhone manakala penjualan komputer Macintosh hanya menyumbang 16% dari keuntungan Apple. Sungguhpun begitu penjualan komputer keluaran mereka meningkat sementara penjualan iPad pula merudum. Dari data penjualan bolehlah disimpulkan lebih ramai pengguna IOS berbanding Macintosh. Apple Lightmac ialah konsep peranti hibrid Macintosh dan IOS masa hadapan yang dihasilkan oleh  Tomas Moyano. Ia mempunyai skrin maya yang menggunakan projektor mini. Pemilik Lightmac boleh menggunakan mana-mana permukaan rata sebagai skrin komputer hibrid ini. Sistem operasi Macintosh Lightmac kini menyokong input skrin sesentuh sama seperti yang digunakan pada IOS. Saiz skrin boleh diubah mengikut kehendak pengguna. Kesemua teknologi yang digunakan untuk menghasilkan Lightmac masih belum wujud. Tetapi konsep ini menarik kerana ia menghasilkan peranti hibrid dua sistem operasi keluaran Apple.

Umum diketahui tidak seperti Windows 10, Apple masih enggan menghasilkan satu sistem operasi untuk semua. Dunia pasca PC kini sudah wujud dan apa yang dilakukan Microsoft dengan Windows 10 adalah strategi yang bijak. Kami yakin Apple juga akan menggunakan strategi yang sama apabila tiba masanya. Buat masa ini Lightmac hanya sebuah konsep tetapi siapa tahu dalam masa 10 tahun ia mungkin menjadi realiti. Jangan ketawa kerana 10 tahun yang lalu idea sebuah komputer kecil dengan skrin sesentuh menggantikan sebuah komputer boleh dianggap sebagai fantasi tidak masuk akal. Tetapi kini telefon pintar sudah menggantikan komputer sebagai peranti utama kegunaan manusia di dunia.

Lightmac-1

Lightmac-3

Komen