Microsoft Dilaporkan Membuat Pelaburan Pada Cyanogen

Microsoft Dilaporkan Membuat Pelaburan Pada Cyanogen

Diterbitkan pada Jan 30, 2015 oleh .

CyanogenCyanogen merupakan salah satu syarikat yang hadir dengan variasi Android dengan beberapa fungsi tambahan dan perubahan berbanding versi asal. Ia sedia ditawarkan untuk beberapa peranti popular, selain mereka turut bekerjasama dengan OnePlus serta Micromax dalam menawarkannya secara terbina.

Terkini, hari ini pihak Microsoft menjadi salah satu pelabur dalam syarikat tersebut – dimana mereka menyertai beberapa pelabur lain untuk menyuntik dana bernilai $70 juta ke dalam syarikat Cyanogen.

Pelaburan ini boleh dikatakan tidak dijangka memandangkan pihak Microsoft sedia mempunyai platform mudah-alih mereka tersendiri, iaitu Windows Phone. Namun, memandangkan mereka turut menawarkan sejumlah aplikasi untuk Android, dan telah mula memfokuskan kepada penawaran perkhidmatan lebih daripada perisian dan sistem operasi, maka pelaburan Microsoft ini mungkin sesuatu yang pelik.

Cyanogen sebelum ini telah mengatakan ingin membawa Android keluar daripada kebergantungan Google, selain memberi lebih pilihan kustomasi kepada pengeluar peranti. Cyanogen juga telah mengatakan ingin hadir dengan kedai aplikasi mereka tidak lama lagi. Mungkin suntikan dana ini akan terus membantu mereka dan terus digunakan dalam memperluaskan syarikat mereka serta menambah rakan kerjasama baru.


TIPS & ULASAN