Cari @ Amanz

Beberapa kali ia telah dilaporkan yang mana Samsung ingin memberikan nafas baru kepada TouchWiz pada tahun ini, dan terkini ia dikatakan sejumlah fungsi yang hadir pada TouchWiz akan dibuang – sebaliknya ditawarkan secara muat-turun berasingan kepada pengguna.

Perkara ini sekaligus akan menjadikan TouchWiz lebih ringan, dan pada masa yang sama pengguna boleh memilih fungsi apa yang mereka kehendaki pada telefon pintar dan tablet mereka. Sebaliknya, bagi anda yang masih inginkan beberapa fungsi atau aplikasi, sebagai contoh S-Health dan sebagainya, anda masih boleh memuat-turun ia secara manual daripada kedai aplikasi Samsung dan menggunakannya.

Samsung Galaxy Note 4

Sebelum ini, Samsung sering menyertakan sejumlah aplikasi dan fungsi – yang mana kebanyakkannya pengguna tidak gunakan, malah ada yang tidak pernah membukanya sejak membeli telefon mereka. Perubahan pada TouchWiz telah dapat kita lihat sejak daripada Galaxy Note 4, dimana beberapa fungsi telah boleh dimatikan dengan mudah, selain tidak semua aplikasi hadir terbina.

Samsung dijangka memperkenalkan pengoptimasian TouchWiz terkini ini bersama-sama Galaxy S6 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd